Venue Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021

Ini adalah perlawanan akhir kedua Liga Juara-Juara yang diadakan di stadium ini; yang pertama diadakan pada 2005.[4] Kota Istanbul juga menjadi tuan rumah Perlawanan Akhir Piala UEFA 2009 and the Piala Super UEFA 2019, kedua-duanya di tempat yang berbeza.

Pemilihan tuan rumah

Proses bidaan terbuka dilancarkan pada 22 September 2017 oleh UEFA untuk memilih tempat-tempat pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA, dan Liga Juara-Juara Wanita UEFA pada 2020. Persatuan mempunyai masa sehingga 31 Oktober 2017 untuk menyatakan minat, dan dokumen pembida mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 1 Mac 2018. Persatuan yang menganjurkan kejohanan di UEFA Euro 2020 tidak dibenarkan membida pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA 2020.

UEFA mengumumkan pada 3 November 2017 bahawa dua persatuan telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah pentas akhir Liga Juara-Juara 2020.[5]

Bidaan persatuan untuk perlawanan akhir
NegaraStadiumBandarKapasitiNota
 PortugalEstádio da LuzLisbon65,647Menjadi tuan rumah Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2014
 TurkiStadium Olimpik AtatürkIstanbul76,092Menjadi tuan rumah Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA 200

Stadium Olimpik Atatürk telah dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA semasa mesyuarat mereka di Kyiv pada 24 Mei 2018.[6][1]

Pada 17 Jun 2020, Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengumumkan bahawa kerana penangguhan dan penempatan semula perlawanan akhir 2020 ke Estádio da Luz, Istanbul sebaliknya akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir 2021.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021 https://documents.uefa.com/reader/Cr6L8orm3~6ERVXB... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/medi... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/medi... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/news... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/news... https://www.uefa.com/insideuefa/news/newsid=264223... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/ https://www.uefa.com/uefachampionsleague/match/202... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/news... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/news...